loader image

Memupuk Sikap Hormat Menghormati dalam Penyampaian Modul Akidah

Memupuk Sikap Hormat Menghormati dalam Penyampaian Modul Akidah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan akidah Islam disamping memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan hebat dan dihormati.

Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang murid daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Penyampaian :

Guru memupuk sikap hormat menghormati semasa menyampaikan DUA (2) komponen Rukun Iman iaitu:

Menghormati Kitab

Menceritakan 4 Kitab yang wajib dipercaya dan dihormati oleh setiap orang Islam.

Menyatakan nama empat kitab yang wajib diketahui:

  1. Zabur
  2. Taurat
  3. Injil
  4. Al-Quran

Aktiviti :

  • Menjelaskan perbezaan kitab yang diturunkan oleh Allah dengan buku yang ditulis oleh manusia.
  • Menyebut nama nabi-nabi dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka dengan menggunakan kad imbasan.
  • Menjelaskan mengapa Allah menurunkan kitab-kitab ini.
  • Bernasyid lagu kitab yang wajib diketahui berpandukan carta lagu kitab.
  • Menyebut nama Bahasa yang digunakan dalam empat kitab utama yang diturunkan kepada manusia.
  • Memadankan kad nama Rasul/Nabi dengan kitabnya.
  • Menjelaskan mengapa Allah turunkan al-Quran sebagai panduan hidup.
  • Membaca ayat al-Quran yang pertama diturunkan (Surah al Alaq) dan menyatakan bila ia diturunkan.
  • Menerangkan cara-cara menghormati dan memuliakan al-Quran iaitu dalam keadaan wuduk dan mendiamkan diri Ketika ayat al-Quran dibaca.
Sayang Kitab
Penjelasan tentang kitab yang diturunkan kepada para nabi dan rasul
Menghormati Rukun Islam

Seorang Islam mesti menghormati Rukun Islam yang terdiri daripada 5 perkara:

  1. Mengucap Kalimah Syahadah – menghormati kalimah suci yang melambang kekuatan seseorang Muslim.
  2. Mendirikan solat – menghormati waktu solat.
  3. Menjalani ibadah puasa – menghormati bulan Ramadan
  4. Menunaikan zakat – menghormati orang miskin dengan mengeluarkan sebahagian harta kita untuk membantu mereka.
  5. Mengerjakan haji – Menghormati bulan Zulhijjah. Semasa mengerjakan ibadah haji di tanah suci orang Islam dituntut agar saling hormat menghormati orang lain dari pelbagai bangsa dan warna kulit.

Aktiviti :

  • Murid mendengar lagu Rukun Islam.
  • Murid menyanyi lagu tersebut dengan bimbingan.
  • Guru menunjukkan carta Rukun Islam.
  • Murid menyusun kad Rukun Islam mengikut urutan kemudiannya menyebutnya dalam kumpulan.
  • Guru mengangkat kad perkataan tidak berurutan supaya murid bersedia menyebut mengikut kumpulan.
  • Guru menyoal murid kaitan Rukun Islam dengan sikap hormat menghormati.