Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mengerjakan ibadah dalam kehidupan sambil menanam rasa hormat antara satu sama lain.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang dihormati.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi kerana ia menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara ibadah dan rasa hormat terhadap Rukun Islam (mengerjakan Ibadah haji) dan sesama insan .
Guru menjalankan aktiviti bersama murid, mendidik mereka sikap hormat menghormati semasa mengajar DUA (2) komponen Ibadah iaitu:
Ibadah haji ialah Rukun Islam yang ke-5. Ia melambangkan tanda sayang kepada Allah dan melatih kita agar saling menghormati orang lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbeza warna kulit.
Aktiviti :
Menggunakan glob / peta dunia untuk melihat kedudukan kota Mekah.
Menerangkan cara-cara perjalanan ke Mekah dengan menunjukkan gambar berikut:
Menggunakan takwim Islam, dan menerangkan bulan Zulhijjah sebagai waktu orang Islam menunaikan ibadah Haji.
Bercerita tentang ibadah korban pada Hari Raya Korban.
Bercerita tentang korban pada zaman Nabi Adam a.s oleh Qabil dan Habil
Bercerita tentang peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan ‘pengorbanan’ Nabi Ismail a.s. serta kaitkan dengan amalan korban pada Hari Raya Haji / Hari Raya Korban / Aidiladha
Menjelaskan kepada murid tentang haiwan-haiwan yang boleh dijadikan korban.
Menunjukkan nilai-nilai murni yang dapat dicontohi daripada ibadah korban.
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com