Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan kehidupan berakhlak dengan menanam sikap saling hormat menghormati di dalam diri mereka.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang berakhlak mulia.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara pendidikan akhlak dengan sikap saling hormat menghormati dalam menjalani kehidupan seharian.
Modul ini terbahagi kepada LIMA (5) komponen modul Akhlak dimana guru dapat menanam sikap saling hormat menghormati semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bersama murid:
Bacaan ‘Basmalah’ mendidik murid agar sentiasa mengingati dan menghormati semua kejadian Allah.
Bacaan ‘Hamdalah’ mendidik murid agar bersyukur atas nikmat Allah dan sentiasa menghormati rezeki yang Allah berikan kepada kita.
Aktiviti :
Memberi salam: Assalamualaikum
Maksudnya: Selamat sejahtera ke atas kamu
Menjawab salam: Wa’alaikum salam
Maksudnya: Dan ke atas kamu selamat sejahtera
Orang Islam yang diberi salam wajib menjawab salam yang diberikan kepadanya.
Memberi dan menjawab salam sebagai tanda kasih sayang yang ditunjukkan sesama insan.
Aktiviti:
Menjelaskan kepada murid kenapa kita mesti menyayangi ibu bapa, guru, keluarga dan rakan sebaya
Menerangkan ciri-ciri anak soleh, murid yang beradab dan sahabat sejati.
Aktiviti:
Menerangkan kepada murid tentang kepentingan saling hormat menghormati di dalam masyarakat berbilang kaum, agama, dan bangsa.
Menjelaskan kenapa Allah mencipta manusia yang berbeza budaya, agama dan bangsa.
Aktiviti:
Menerangkan kepada murid fungsi dan tanggungjawab pemimpin di dalam masyarakat.
Menjelaskan kenapa murid mesti menghormati pemimpin di dalam masyarakat.
Ciri-ciri pemimpin yang dihormati.
Aktiviti:
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com