loader image

Pendahuluan

Muslim Teachers’ Guide ialah aplikasi mudah alih yang berasaskan konsep pendidikan Islam prasekolah oleh Al-Ghazali dan Nasih Ulwan.

Ia berdasarkan hasil penyelidikan kualitatif yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik Muslims in Creative Media Industries (MiCMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertajuk Combining The Al-Ghazali Concept of Tarbiyatul Awlad with Qualitative Data Analysis to Develop an Islamic Content on Mobile Application for Preschool Educators.

Pembangunan aplikasi Muslim Teachers’ Guide dibiayai sepenuhnya oleh Regional Collaboration Research & Publication (RCRP) Grant [USIM/UKM/RCRP/FKP/052005/70817]

Aplikasi Muslim Teachers’ Guide bertujuan untuk memupuk tiga nilai utama iaitu:

Tanggungjawab
Hormat

*Pemakluman: Modul yang terdapat di dalam Muslim Teachers’ Guide adalah selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Kurikulum
Standard Pendidikan Islam Prasekolah yang dikemaskini dan disemak oleh YADIM (2016).

Objektif & Falsafah

Muslim
Teachers’ Guide
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Falsafah
Pendidikan Islam

Objektif Muslim Teachers’ Guide

Pendidikan Islam kanak-kanak prasekolah melalui aplikasi mudah alih Muslim Teachers’ Guide bertujuan untuk melahirkan generasi Rabbani. Ia dapat dicapai melalui usaha menerapkan kasih sayang dalam setiap aspek ilmu Pendidikan Islam yang dipelajari di sekolah.

Hal ini sangat signifikan dalam kehidupan seorang Muslim kerana proses tarbiah dari awal pendidikan anak-anak adalah menumbuhkan rasa cinta  dan sayang kepada agama. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Imran ayat 31: 

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Firman Allah SWT  ini cukup menjelaskan kepentingan menyemai cinta kepada Allah SWT dan Rasul Nya  lebih-lebih lagi dari awal pendidikan kanak-kanak. Apabila rasa cinta kepada Allah SWT dan Rasul-Nya telah disemai dan dibajai dengan subur, ia akan diikuti dengan pembuktian  yang nyata iaitu melalui perbuatan dan amal baik. Inilah nilai yang melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri setiap individu Muslim dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Apabila sikap bertanggungjawab ini dapat dipupuk dengan baik melalui pelbagai aktiviti pembelajaran yang tersusun, sudah pasti ia dapat menjelmakan sikap hormat sesama insan dan keseluruhan kejadian Allah SWT. Bagi mencapai objektif pendidikan Islam yang berteraskan sayang (love), tanggungjawab (responsible) dan hormat (respect), panduan yang disediakan ini diharapkan dapat membantu para guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam era globalisasi kini, para pelajar akan menjalani proses pembelajaran berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi. Oleh itu, panduan pengajaran Pendidikan Islam yang disediakan ini turut mengambilkira kemahiran berfikir aras tinggi yang merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan mena’akul serta strategi berfikir.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Islam

Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan penghayatan Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membantu diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Terdapat 5 teras kurikulum standard pendidikan Islam prasekolah:

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 2016. Buku Sumber Rujukan Guru Pendidikan Islam Prasekolah

*Pemakluman: Modul yang terdapat di dalam Muslim Teachers’ Guide adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam dan Kurikulum Standard Pendidikan Islam Prasekolah yang dikemaskini dan disemak oleh YADIM (2016)