Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mengerjakan ibadah dalam kehidupan sambil memupuk rasa tanggungjawab dalam diri setiap murid.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi. Ia juga amalan yang melambangkan rasa tanggungjawab terhadap perasaan orang lain.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara ibadah dan rasa tanggungjawab sebagai insan yang dicipta oleh Allah.
Modul ini terbahagi kepada TIGA (3) komponen modul ibadah dimana guru boleh menerapkan sikap bertanggungjawab semasa menjalankan aktiviti berikut bersama murid:
Solat 5 waktu melahirkan kasih sayang dan ketaatan kita kepada Allah.
Solat merupakan tanggungjawab setiap insan.
Solat melatih kita bertanggungjawab dalam menjaga masa dan menepati waktu.
Aktiviti :
Puasa merupakan ibadah yang dijalankan pada bulan Ramadan.
Ibadah puasa melatih kita bersabar, bertanggungjawab dan bertakwa kepada Allah.
Aktiviti :
Zakat merupakan tanggungjawab setiap umat Islam yang berkemampuan.
Zakat melatih kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah yang memberi kita rezeki.
Menjelaskan tentang hubungan antara ibadah solat dan tanggungjawab mengeluarkan zakat.
Aktiviti :
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com