Memupuk Sikap Hormat Menghormati dalam Penyampaian Modul Akidah
Menanam Rasa Hormat dalam Penyampaian Modul Ibadah
Menanam Sikap Saling Hormat dalam Penyampaian Modul Sirah
Menanam Sikap Hormat dalam Penyampaian Modul Akhlak
Menanam Sikap Saling Hormat Menghormati dalam Penyampaian Modul Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi
Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan akidah Islam disamping memupuk sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan hebat dan dihormati.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang murid daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru memupuk sikap hormat menghormati semasa menyampaikan DUA (2) komponen Rukun Iman iaitu:
Menceritakan 4 Kitab yang wajib dipercaya dan dihormati oleh setiap orang Islam.
Menyatakan nama empat kitab yang wajib diketahui:
Aktiviti :
Seorang Islam mesti menghormati Rukun Islam yang terdiri daripada 5 perkara:
Aktiviti :
Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mengerjakan ibadah dalam kehidupan sambil menanam rasa hormat antara satu sama lain.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang dihormati.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi kerana ia menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara ibadah dan rasa hormat terhadap Rukun Islam (mengerjakan Ibadah haji) dan sesama insan .
Guru menjalankan aktiviti bersama murid, mendidik mereka sikap hormat menghormati semasa mengajar DUA (2) komponen Ibadah iaitu:
Ibadah haji ialah Rukun Islam yang ke-5. Ia melambangkan tanda sayang kepada Allah dan melatih kita agar saling menghormati orang lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan berbeza warna kulit.
Aktiviti :
Menggunakan glob / peta dunia untuk melihat kedudukan kota Mekah.
Menerangkan cara-cara perjalanan ke Mekah dengan menunjukkan gambar berikut:
Menggunakan takwim Islam, dan menerangkan bulan Zulhijjah sebagai waktu orang Islam menunaikan ibadah Haji.
Bercerita tentang ibadah korban pada Hari Raya Korban.
Bercerita tentang korban pada zaman Nabi Adam a.s oleh Qabil dan Habil
Bercerita tentang peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan ‘pengorbanan’ Nabi Ismail a.s. serta kaitkan dengan amalan korban pada Hari Raya Haji / Hari Raya Korban / Aidiladha
Menjelaskan kepada murid tentang haiwan-haiwan yang boleh dijadikan korban.
Menunjukkan nilai-nilai murni yang dapat dicontohi daripada ibadah korban.
Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mempelajari Sirah disamping menanam sikap saling hormat menghormati di dalam diri mereka.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang sentiasa dihormati.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara Sirah dan kepentingan sikap hormat di dalam menjalani kehidupan.
Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru dapat menerapkan sikap saling hormat menghormati semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan topik berikut:
Aktiviti :
Bercerita tentang ahli keluarga:
Bercerita kisah Rasulullah SAW menjadi yatim piatu.
Bercerita tentang kisah Rasulullah SAW mengikut bapa saudara berniaga.
Menjelaskan tentang akhlak Rasulullah yang menjadikan baginda sentiasa dihormati.
Murid melakonkan akhlak yang mulia.
Aktiviti :
“Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Orang yang kedekut itu jauh dari Allah, jauh dari manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” – Hadis Riwayat Tirmizi
“Baginda (Rasulullah) adalah orang yang paling mulia akhlaknya, tidak pernah berlaku keji, tidak pula mengucapkan kata-kata kotor, tidak berbuat gaduh di pasar, dan tidak pernah membalas dengan perkara tercela yang serupa, akan tetapi Baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.” – Hadis Riwayat Ahmad
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih, sayang dan kecenderungan jiwa (simpati) seperti perumpamaan jasad/tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka, seluruh tubuh akan merasakannya, iaitu tidak boleh tidur dan (sakit) demam.” – Hadis riwayat Ahmad, Baihaqi, Muslim.
“Rasulullah apabila solat malam, Baginda akan berdiri hingga kedua kakinya bengkak. Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang’. Maka Nabi saw menjawab; “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang pandai bersyukur?” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan kehidupan berakhlak dengan menanam sikap saling hormat menghormati di dalam diri mereka.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang berakhlak mulia.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara pendidikan akhlak dengan sikap saling hormat menghormati dalam menjalani kehidupan seharian.
Modul ini terbahagi kepada LIMA (5) komponen modul Akhlak dimana guru dapat menanam sikap saling hormat menghormati semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bersama murid:
Bacaan ‘Basmalah’ mendidik murid agar sentiasa mengingati dan menghormati semua kejadian Allah.
Bacaan ‘Hamdalah’ mendidik murid agar bersyukur atas nikmat Allah dan sentiasa menghormati rezeki yang Allah berikan kepada kita.
Aktiviti :
Memberi salam: Assalamualaikum
Maksudnya: Selamat sejahtera ke atas kamu
Menjawab salam: Wa’alaikum salam
Maksudnya: Dan ke atas kamu selamat sejahtera
Orang Islam yang diberi salam wajib menjawab salam yang diberikan kepadanya.
Memberi dan menjawab salam sebagai tanda kasih sayang yang ditunjukkan sesama insan.
Aktiviti:
Menjelaskan kepada murid kenapa kita mesti menyayangi ibu bapa, guru, keluarga dan rakan sebaya
Menerangkan ciri-ciri anak soleh, murid yang beradab dan sahabat sejati.
Aktiviti:
Menerangkan kepada murid tentang kepentingan saling hormat menghormati di dalam masyarakat berbilang kaum, agama, dan bangsa.
Menjelaskan kenapa Allah mencipta manusia yang berbeza budaya, agama dan bangsa.
Aktiviti:
Menerangkan kepada murid fungsi dan tanggungjawab pemimpin di dalam masyarakat.
Menjelaskan kenapa murid mesti menghormati pemimpin di dalam masyarakat.
Ciri-ciri pemimpin yang dihormati.
Aktiviti:
Modul ini bertujuan untuk menanam sikap menghormati guru, kitab, dan rakan-rakan semasa mengajar Bahasa Al-Quran.
Modul ini terbahagi kepada EMPAT (4) komponen dimana guru dapat menerapkan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain:
Mengajak murid mengenali huruf hijaiyah sambil menerangkan kepada murid tentang kepentingan menghormati Bahasa al-Quran dan ayat-ayat suci.
Menerangkan kepentingan berwuduk sebelum memegang mashaf sebagai tanda menghormati al-Quran.
Aktiviti :
Menerangkan kenapa Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dan menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.
Mashaf al-Quran perlu dipelihara sebagai tanda hormat kepada Kitab Allah.
Mengingatkan pelajar agar diam apabila mendengar alunan bacaan al-Quran sebagai menghormati Kitab Allah.
Aktiviti:
Menyurih, menekap dan membentuk huruf:
Menjadi tanggungjawab setiap individu di negara ini untuk mengenal huruf jawi.
Menjelaskan kepada murid asal usul tulisan jawi.
Menjelaskan kenapa murid perlu menghormati tulisan jawi yang merupakan warisan nilai budaya masyarakat Islam di Negara ini.
Aktiviti:
Menerangkan kepada murid tentang surah-surah ringkas yang perlu dibaca semasa mendirikan solat.
Menerangkan kepada murid tentang sikap saling hormat menghormati semasa membaca surah yang berkaitan.
Menerangkan maksud surah terpilih serta mengaitkan dengan sikap hormat menghormati antara insan.
Aktiviti:
Membaca beramai-ramai dan meminta murid menghafaz surah-surah berikut:
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com