loader image

Menanam Sikap Hormat dalam Penyampaian Modul Akhlak

Menanam Sikap Hormat dalam Penyampaian Modul Akhlak

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan kehidupan berakhlak dengan menanam sikap saling hormat menghormati di dalam diri mereka.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang berakhlak mulia.

Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.

Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Guru perlu menjelaskan hubungkait antara pendidikan akhlak dengan sikap saling hormat menghormati dalam menjalani kehidupan seharian.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada LIMA (5) komponen modul Akhlak dimana guru dapat menanam sikap saling hormat menghormati semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bersama murid:

 Membaca Basmalah dan Hamdalah

Bacaan ‘Basmalah’ mendidik murid agar sentiasa mengingati dan menghormati semua kejadian Allah.

Bacaan ‘Hamdalah’ mendidik murid agar bersyukur atas nikmat Allah dan sentiasa menghormati rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Aktiviti :

  • Mengamalkan lafaz ‘Basmalah’ sebelum makan dan ‘hamdalah’ selepas makan.
  • Mengamalkan lafaz ‘Basmalah’ sebelum memulakan sesuatu perbuatan.
  • Melafazkan ‘Insya-Allah’ apabila berjanji membuat sesuatu.
Memberi dan Menjawab Salam

Memberi salam: Assalamualaikum

Maksudnya: Selamat sejahtera ke atas kamu

Menjawab salam: Wa’alaikum salam

Maksudnya: Dan ke atas kamu selamat sejahtera

Orang Islam yang diberi salam wajib menjawab salam yang diberikan kepadanya.

Memberi dan menjawab salam sebagai tanda kasih sayang yang ditunjukkan sesama insan.

Aktiviti:

  • Ucapkan salam kepada ibu dan bapa serta seisi rumah apabila hendak keluar dari rumah, hendak ke sekolah atau ke mana sahaja, dan apabila pulang ke rumah.
  • Apabila menjawab panggilan telefon daripada orang Islam.
  • Orang yang menaiki kenderaan lebih dahulu memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
  • Kumpulan orang yang sedikit memberi salam kepada kumpulan orang yang lebih ramai.
  • Memberi ucapan salam lebih elok dengan berjabat tangan.
  • Kepada ibu bapa, orang tua dan guru, selepas berjabat tangan elok mencium pula tangan mereka.  
Menghormati Ibu Bapa, Guru, Keluarga dan Rakan Sebaya

Menjelaskan kepada murid kenapa kita mesti menyayangi ibu bapa, guru, keluarga dan rakan sebaya

Menerangkan ciri-ciri anak soleh, murid yang beradab dan sahabat sejati.

Aktiviti:

  • Membaca doa untuk ibu bapa, guru dan sahabat.
  • Menunjukkan cara menghormati ibu bapa, guru, rakan sebaya, jiran, pemimpin dan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.
  • Melakukan pergerakan sebagai tanda hormat kepada ibu bapa seperti memberi salam.
  • Menjelaskan sebab dilarang bersalaman atau bersentuhan semasa wabak covid-19 berleluasa.
  • Melatih murid cara lain untuk menunjukkan tanda hormat seperti:
    • Meletakkan tangan di dada
    • Menundukkan kepala
    • Memadai dengan memberi senyuman manis
  • Menyatakan mengapa kita mesti sayang dan hormat kepada ibu bapa.
  • Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, guru, rakan sebaya, jiran, pemimpin dan seluruh anggota masyarakat.
  • Menjelaskan kenapa perlu mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan seluruh umat Islam.
  • Menyanyi nasyid tentang ibu bapa
  • Menyanyi nasyid tentang teman sejati
Bangga Beragama Islam
Penjelasan tentang akhlak seorang Muslim
Menghormati Anggota Masyarakat Berbilang Kaum

Menerangkan kepada murid tentang kepentingan saling hormat menghormati di dalam masyarakat berbilang kaum, agama, dan bangsa.

Menjelaskan kenapa Allah mencipta manusia yang berbeza budaya, agama dan bangsa.

Aktiviti:

  • Bercerita tentang masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
  • Menyatakan cara bertolak-ansur dengan orang lain.
  • Menyatakan cara bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti berkumpulan.
  • Bermain permainan yang memerlukan murid berkongsi alat permainan.
Menghormati Masyarakat Berbilang Kaum
Menghormati semua orang tanpa mengira agama dan bangsa
Menghormati Pemimpin

Menerangkan kepada murid fungsi dan tanggungjawab pemimpin di dalam masyarakat.

Menjelaskan kenapa murid mesti menghormati pemimpin di dalam masyarakat.

Ciri-ciri pemimpin yang dihormati.

Aktiviti:

  • Mengenali DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Raja, Sultan, Perdana Menteri dan pemimpin Negara.
  • Menyebut nama dan gelaran dengan betul.
  • Menyusun gambar pemimpin mengikut negeri.