Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mempelajari Sirah disamping menanam sikap saling hormat menghormati di dalam diri mereka.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang sentiasa dihormati.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang.
Guru juga mesti mengelakkan daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara Sirah dan kepentingan sikap hormat di dalam menjalani kehidupan.
Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru dapat menerapkan sikap saling hormat menghormati semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan topik berikut:
Aktiviti :
Bercerita tentang ahli keluarga:
Bercerita kisah Rasulullah SAW menjadi yatim piatu.
Bercerita tentang kisah Rasulullah SAW mengikut bapa saudara berniaga.
Menjelaskan tentang akhlak Rasulullah yang menjadikan baginda sentiasa dihormati.
Murid melakonkan akhlak yang mulia.
Aktiviti :
“Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Orang yang kedekut itu jauh dari Allah, jauh dari manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.” – Hadis Riwayat Tirmizi
“Baginda (Rasulullah) adalah orang yang paling mulia akhlaknya, tidak pernah berlaku keji, tidak pula mengucapkan kata-kata kotor, tidak berbuat gaduh di pasar, dan tidak pernah membalas dengan perkara tercela yang serupa, akan tetapi Baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.” – Hadis Riwayat Ahmad
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih, sayang dan kecenderungan jiwa (simpati) seperti perumpamaan jasad/tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka, seluruh tubuh akan merasakannya, iaitu tidak boleh tidur dan (sakit) demam.” – Hadis riwayat Ahmad, Baihaqi, Muslim.
“Rasulullah apabila solat malam, Baginda akan berdiri hingga kedua kakinya bengkak. Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau berbuat seperti ini, padahal Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang’. Maka Nabi saw menjawab; “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang pandai bersyukur?” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com