loader image

Sayang

Modul 1 : Akidah

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa Penyampaian Modul Akidah

Modul 2 : Ibadah

Memupuk Nilai Kasih Sayang
Semasa Penyampaian Modul Ibadah

Modul 3 : Sirah

Memupuk Nilai Kasih Sayang
Semasa Penyampaian Modul Sirah

Modul 4 : Akhlak

Memupuk Nilai Kasih Sayang
Semasa Penyampaian Modul Akhlak

Modul 5 : Bahasa Al-Quran

Memupuk Nilai Kasih Sayang
Semasa Penyampaian Modul
Bahasa Al-Quran

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa Penyampaian Modul Akidah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan akidah Islam dalam kehidupan harian melalui penerapan nilai kasih sayang.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang kepada murid. Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang murid daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada EMPAT (4) komponen dimana guru boleh menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan :-

Rukun Iman

Menerangkan kepada murid kepentingan Rukun Iman.
Menyatakan enam Rukun Iman :-

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada rasul
  3. Percaya kepada malaikat
  4. Percaya kepada kitab
  5. Percaya kepada hari kiamat
  6. Percaya kepada qada’ dan qadar

Aktiviti :

  • Guru membimbing murid membaca Rukun Iman.
  • Guru bersoal jawab tentang isi kandungan Rukun Iman.
  • Guru menunjukkan naskah al-Quran kepada murid.
  • Bersoal jawab tentang Rukun Iman.
  • Carta Rukun Iman, nasyid, puisi, Rukun Iman dan kad imbasan.
Mengenal Allah, Sayang Allah

Menyatakan sifat wajib bagi Allah:

  1. Wujud
  2. Sama’
  3. Basar
  4. Qudrat

Menerangkan setiap maksud sifat wajib bagi Allah.

Aktiviti :

  • Murid diperdengarkan dengan nasyid Sifat 20.
  • Menunjukkan kad perkataan dan menyebut sifat wajib bagi Allah.
  • Menyebut berulang kali sifat bagi Allah.
  • Mendengar cerita daripada CD berkaitan Allah Wujud / Maha Melihat.
  • Menyebut dan melakonkan perkara yang menjadi suruhan Allah SWT.
  • Menyebut dan melakonkan cara menghindari perkara yang menjadi larangan Allah.
  • Guru membimbing murid menyebut, menghafaz dan menyatakan makna zikir-zikir berikut (Basmalah dan ta’awwuz).

Aktiviti Luar Kelas :

  • Bahang panas matahari dirasai tetapi tidak dapat dilihat kepanasannya.
  • Pokok bergoyang dirasai angin tetapi tidak dapat melihatnya.
  • Memerhatikan kejadian Allah SWT.

99 Nama Allah

  • Menyebut 99 nama Allah
  • Menerangkan Allah Maha Pengampun
  • Menerangkan Allah Maha Penyayang
  • Menerangkan Allah Maha Adil
  • Menerangkan Allah Maha Bijaksana

Aktiviti :

  • Murid mendengar nasyid Asma’ul-husna.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Pengampun:
    Guru menerangkan carta doa memohon keampunan kepada Allah SWT.
  • Murid memainkan peranan minta maaf dengan kawan.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Penyayang:
    Guru menerangkan cara menunjukkan kasih sayang.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Adil:
    Guru sebut perkataan adil berulang kali. Guru beri setiap murid 2 biji gula. Guru menerangkan tiada siapa yang dapat kurang atau lebih untuk membuktikan guru adil.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Bijaksana:
    Guru minta murid pegang hidung masing-masing dan menerangkan betapa bijaksananya Allah menjadikan kedudukan hidung itu. Jika kedudukan hidung itu terbalik mendongak ke atas, apa yang berlaku adalah air hujan akan bertakung di dalam hidung.
  • Menyusun kad imbasan dan carta Asma’ul-husna.
Sayang Allah
Penjelasan tentang kekuasaan Allah
Mengucap Kalimah Syahadah

Setelah menjelaskan kepada pelajar tentang kewujudan Allah guru bolehlah menjelaskan kepada murid tentang kasih sayang melalui aktiviti berikut:

Aktiviti :

  • Melafaz dua Kalimah Syahadah.

  • Menyatakan makna Kalimah Syahadah.

  • Bercerita tentang pengIslaman sahabat rasulullah SAW dan ketabahan mereka menegakkan Kalimah Syahadah.

  • Menghafaz dua Kalimah Syahadah.

  • Menyatakan mengapa orang Islam wajib mengetahui dua Kalimah Syahadah.

Mengucap Kalimah Syahadah
Penjelasan maksud Kalimah Syahadah
Sayang Rasul

Menyatakan nama 25 Rasul yang wajib diketahui.

Menyebut sifat wajib bagi Rasul:

  1. Siddiq-benar
  2. Amanah-amanah
  3. Tabligh-menyampaikan
  4. Fatonah-bijaksana

Aktiviti :

  • Menyebut nama 25 Rasul berpandukan carta.
  • Bersama-sama murid bernasyid 25 rasul.
  • Bercerita sirah Rasulullah SAW untuk menerangkan sifat Rasulullah SAW.
  • Bercerita kisah Rasulullah menyampaikan dakwah.
  • Bernasyid selawat ke atas Rasulullah SAW.
  • Bersoal jawab tentang perlunya manusia mengikut teladan Rasulullah SAW.
  • Bercerita tentang mukjizat Rasul-rasul.
  • Menyebut nama beberapa orang rasul dan padankan dengan mukjizat mereka.
  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW sebagai tanda sayang kepada Rasulullah.
  • Menceritakan contoh-contoh sifat Rasul dalam kehidupan seharian.
Sayang Nabi dan Rasul
Kesabaran para nabi dan rasul

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa
Penyampaian Modul Ibadah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mengerjakan ibadah dalam kehidupan sambil memupuk nilai kasih sayang.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang. Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi. Guru perlu menjelaskan hubungkait antara ibadah dan nilai kasih sayang.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru boleh menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :-

Bersuci

Pendidik perlu menjelaskan kepada murid kepentingan bersuci dan menjaga kesihatan.

Menjaga kebersihan diri menunjukkan rasa sayang kepada tubuh badan ciptaan Allah.

Orang yang sentiasa menjaga kebersihan akan disayangi Allah.

Aktiviti :

  • Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
  • Kepentingan bersugi dan menjaga kebersihan mulut.
  • Menunjukkan cara bersuci dengan menggunakan anak patung dan air.
  • Menamakan jenis-jenis air yang sah digunakan untuk bersuci.
Berwuduk

Wuduk merupakan syarat wajib sebelum mendirikan solat. Adalah tidak sah solat seseorang tanpa berwuduk. Pelajar perlu melakukan wuduk dengan betul dan mengikut tertib. Pastikan tubuh badan kita bersih daripada hadas dan najis. Berwuduk menunjukkan rasa sayang terhadap anggota badan yang dijadikan Allah.

Aktiviti :

  • Guru bercerita tentang kepentingan berwuduk dan membersihkan setiap anggota badan.
  • Guru mengajak murid menamakan jenis-jenis air yang sah digunakan untuk berwuduk.
  • Menunjukkan cara berwuduk secara tertib iaitu dan mengajak pelajar menyusun gambar berwuduk mengikut tertib:

Menerangkan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Mengambil wuduk bersama-sama murid.

Memupuk Nilai Kasih Sayang dalam Penyampaian Modul Sirah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mempelajari Sirah disamping memupuk nilai kasih sayang di dalam diri mereka.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang.

Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Guru perlu menjelaskan hubungkait antara Sirah dan kepentingan sifat kasih sayang di dalam menjalani kehidupan.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru dapat menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan topik berikut:

Peristiwa Kelahiran Rasulullah S.A.W

Aktiviti : 

  • Bercerita tentang tahun dan tempat kelahiran Rasulullah S.A.W.
  • Menonton video kisah kelahiran Rasulullah S.A.W.
  • Berselawat ke atas Baginda.
Keluarga Rasulullah S.A.W

Menerangkan kepada murid kepentingan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh ahli keluarga Rasulullah.

Aktiviti :

  • Bercerita tentang ahli keluarga:
    • Aminah – Ibu
    • Abdullah- bapa
    • Abu Talib -bapa saudara
    • Abdul Mutalib – datuk
  • Bercerita tentang kisah Rasulullah SAW menjadi yatim piatu
  • Bercerita tentang kisah Rasulullah SAW mengikut bapa saudara berniaga.

  • Bercerita tentang kisah keluarga Rasulullah S.A.W.
  • Bercerita tentang kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa saudara Rasulullah S.A.W.
  • Bercerita tentang kasih sayang Rasulullah S.A.W. terhadap isteri, anak-anak, ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Memupuk Nilai Kasih Sayang Dalam Penyampaian Modul Akhlak

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan kehidupan berakhlak dengan memupuk nilai kasih sayang di dalam diri mereka.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan yang berakhlak mulia dan penyayang.

Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Guru perlu menjelaskan hubungkait antara pendidikan akhlak dan nilai kasih sayang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada LIMA (5) komponen modul Akhlak dimana guru dapat menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan topik berikut:

Sayangi Ibu Bapa, Guru, Rakan Sebaya dan Seluruh Anggota Masyarakat

Menjelaskan kepada murid kenapa kita mesti menyayangi ibu bapa, guru dan rakan sebaya

Menerangkan ciri-ciri anak soleh, murid yang beradab dan sahabat sejati.

Aktiviti :

  • Membaca doa untuk ibu bapa, guru dan seluruh umat Islam.
  • Menunjukkan cara menghormati ibu bapa, guru, rakan sebaya, jiran, pemimpin dan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.
  • Melakukan pergerakan sebagai tanda hormat kepada ibu bapa seperti memberi salam.
  • Menyatakan sebab kita mesti sayang dan hormat kepada ibu bapa.
  • Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, guru, rakan sebaya, jiran, pemimpin dan seluruh anggota masyarakat.
  • Menjelaskan kenapa perlu mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan seluruh umat Islam.
  • Menyanyi nasyid tentang ibu bapa.
  • Menyanyi nasyid tentang teman sejati.
Sayangi Ilmu

Menjelaskan kepada murid tujuan ke sekolah.

Menjelaskan tanggungjawab murid di dalam menuntut ilmu.

Mengajak murid mencintai ilmu.

Aktiviti :

  • Menerangkan adab belajar:
    • Menyayangi guru.
    • Menghormati guru.
    • Mentaati guru.
    • Sedia menolong guru.
    • Memulakan dengan doa penerang hati.
  • Bersoal jawab tentang kebaikan adab sebagai murid.
Sayangi Negara

Menjelaskan kepada murid tentang kehidupan bernegara.

Menjelaskan maksud Rukun Negara.

Menerangkan asal usul Jalur Gemilang.

Aktiviti :

  • Meminta murid bercerita tentang kedudukan Malaysia di peta dunia.
  • Bercerita tentang nama tempat, negeri, daerah.
  • Menunjukkan kedudukan negeri-negeri di Malaysia di peta.
  • Menghafal Rukun Negara.
  • Melukis dan mewarna Jalur Gemilang.
  • Menyanyikan lagu Negaraku.
  • Menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
Sayangi Alam Sekitar

Menerangkan kepada murid tentang tanggungjawab menyayangi alam sekitar dan menjaga kebersihan.

Menerangkan cara menjaga kemudahan awam dan berjimat cermat menggunakan elektrik.

Aktiviti :

  • Mengadakan gotong royong dan menceriakan kelas.
  • Berlatih menggunakan tandas awam, padang permainan dan pondok telefon.
  • Menjalankan projek kitar semula.
  • Melakonkan cara membuang sampah dengan betul mengikut jenis sampah.
Sayangi Haiwan

Menerangkan kepada murid tentang kepentingan menyayangi haiwan peliharaan.

Menerangkan kepada murid tentang kepentinga ekosistem yang terdiri daripada pelbagai jenis haiwan jinak dan liar.

Menjelaskan kenapa manusia mesti menjaga kebajikan haiwan.

Aktiviti :

  • Bercerita tentang haiwan kesayangan.
  • Membuat buku skrap tentang pemandangan dan haiwan kesayangan.
  • Menonton rancangan tentang haiwan liar dan haiwan peliharaan.

Menerapkan Nilai Kasih Sayang semasa Penyampaian Modul Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk menerapkan nilai kasih sayang semasa mengajar Bahasa Al-Quran dan tulisan jawi.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada EMPAT (4) komponen dimana guru dapat menerapkan nilai kasih sayang di kalangan murid semasa menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Menyebut dan Menulis Huruf Hijaiyah

Mengajak murid mengenali huruf hijaiyah sambil menerangkan kepada murid tentang kepentingan menyayangi Bahasa al-Quran.

Aktiviti :

  • Memperkenalkan dan menyebut huruf hijaiyah.
  • Menyurih, menekap dan membentuk huruf hijaiyah.
  • Memadankan perkataan dengan gambar dengan menggunakan kad imbasan.
  • Menamakan anggota badan – Mengingatkan murid agar sentiasa sayangi tubuh badan dan menjaga kesihatan.
  • Menamakan objek di dalam kelas mengikut huruf hijaiyah – Menerangkan kepada murid kenapa perlu menyayangi harta benda awam.
  • Menyebut nama ahli keluarga mengikut huruf hijaiyah – Menerangkan kepada murid kepentingan saling sayang menyayangi di kalangan ahli keluarga.
  • Mengira nombor 1 hingga 10 di dalam Bahasa al-Quran – Meminta murid mengira benda dan orang yang mereka sayang.
  • Menamakan haiwan mengikut huruf hijaiyah – Menerangkan kepada murid kepentingan menyayangi haiwan.
  • Memberi ucap selamat dalam Bahasa al-Quran – menjelaskan kepada murid tentang hubungan antara insan yang mesti berpaksikan rasa kasih sayang.
Mengenal dan mengecam bunyi huruf mengikut tanda bacaan

Menerangkan kenapa Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dan menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.

Mashaf al-Quran perlu dipelihara kerana ia menunjukkan rasa sayang kepada Kitab Allah.

Aktiviti :

Menyurih, menekap dan membentuk huruf:

  1. Baris atas
  2. Baris bawah
  3. Baris hadapan
  4. Baris dua di atas
  5. Baris dua di bawah
  6. Baris dua di hadapan
  7. Sukun / tanda mati
  8. Sabdu / syaddah / tasydid
Mengenal Huruf Jawi

Menjadi tanggungjawab setiap individu di negara ini untuk mengenal huruf Jawi.

Menjelaskan kepada murid asal usul tulisan Jawi.

Menjelaskan kenapa murid perlu sayang kepada huruf Jawi yang juga merupakan warisan nilai budaya masyarakat Islam di Negara ini.

Aktiviti :

  • Mengenal bentuk dan menyebut enam huruf Jawi yang tidak terdapat dalam huruf hijaiyah.
  • Menyebut suku kata yang terdiri daripada huruf Jawi dan vocal alif,wau dan ya.
  • Menyebut kalimah atau potongan ayat dengan betul.
  • Memulakan bacaan dan murid menyambungnya.
  • Mengulang bacaan surah yang diperdengarkan sehingga dihafaz oleh murid.
Menghafaz surah-surah ringkas

Menerangkan kepada murid tentang surah-surah ringkas yang perlu dibaca semasa mendirikan solat.

Menerangkan kepada murid tentang nilai kasih sayang yang perlu diterapkan setiap hari.

Menerangkan maksud surah yang dibaca dan mengaitkan dengan nilai kasih sayang.

Aktiviti :

Membaca beramai-ramai dan meminta murid menghafaz surah-surah berikut:

  • Al-Fatihah
  • Al-Asr
  • Al-Nasr
  • Al-Lahab
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falaq
  • An-Naas