loader image

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa Penyampaian Modul Akidah

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa Penyampaian Modul Akidah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan akidah Islam dalam kehidupan harian melalui penerapan nilai kasih sayang.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang kepada murid. Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang murid daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada EMPAT (4) komponen dimana guru boleh menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan :-

Rukun Iman

Menerangkan kepada murid kepentingan Rukun Iman.
Menyatakan enam Rukun Iman :-

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada rasul
  3. Percaya kepada malaikat
  4. Percaya kepada kitab
  5. Percaya kepada hari kiamat
  6. Percaya kepada qada’ dan qadar

Aktiviti :

  • Guru membimbing murid membaca Rukun Iman.
  • Guru bersoal jawab tentang isi kandungan Rukun Iman.
  • Guru menunjukkan naskah al-Quran kepada murid.
  • Bersoal jawab tentang Rukun Iman.
  • Carta Rukun Iman, nasyid, puisi, Rukun Iman dan kad imbasan.
Mengenal Allah, Sayang Allah

Menyatakan sifat wajib bagi Allah:

  1. Wujud
  2. Sama’
  3. Basar
  4. Qudrat

Menerangkan setiap maksud sifat wajib bagi Allah.

Aktiviti :

  • Murid diperdengarkan dengan nasyid Sifat 20.
  • Menunjukkan kad perkataan dan menyebut sifat wajib bagi Allah.
  • Menyebut berulang kali sifat bagi Allah.
  • Mendengar cerita daripada CD berkaitan Allah Wujud / Maha Melihat.
  • Menyebut dan melakonkan perkara yang menjadi suruhan Allah SWT.
  • Menyebut dan melakonkan cara menghindari perkara yang menjadi larangan Allah.
  • Guru membimbing murid menyebut, menghafaz dan menyatakan makna zikir-zikir berikut (Basmalah dan ta’awwuz).

Aktiviti Luar Kelas :

  • Bahang panas matahari dirasai tetapi tidak dapat dilihat kepanasannya.
  • Pokok bergoyang dirasai angin tetapi tidak dapat melihatnya.
  • Memerhatikan kejadian Allah SWT.

99 Nama Allah

  • Menyebut 99 nama Allah
  • Menerangkan Allah Maha Pengampun
  • Menerangkan Allah Maha Penyayang
  • Menerangkan Allah Maha Adil
  • Menerangkan Allah Maha Bijaksana

Aktiviti :

  • Murid mendengar nasyid Asma’ul-husna.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Pengampun:
    Guru menerangkan carta doa memohon keampunan kepada Allah SWT.
  • Murid memainkan peranan minta maaf dengan kawan.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Penyayang:
    Guru menerangkan cara menunjukkan kasih sayang.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Adil:
    Guru sebut perkataan adil berulang kali. Guru beri setiap murid 2 biji gula. Guru menerangkan tiada siapa yang dapat kurang atau lebih untuk membuktikan guru adil.
  • Menerangkan maksud Allah Maha Bijaksana:
    Guru minta murid pegang hidung masing-masing dan menerangkan betapa bijaksananya Allah menjadikan kedudukan hidung itu. Jika kedudukan hidung itu terbalik mendongak ke atas, apa yang berlaku adalah air hujan akan bertakung di dalam hidung.
  • Menyusun kad imbasan dan carta Asma’ul-husna.
Sayang Allah
Penjelasan tentang kekuasaan Allah
Mengucap Kalimah Syahadah

Setelah menjelaskan kepada pelajar tentang kewujudan Allah guru bolehlah menjelaskan kepada murid tentang kasih sayang melalui aktiviti berikut:

Aktiviti :

  • Melafaz dua Kalimah Syahadah.

  • Menyatakan makna Kalimah Syahadah.

  • Bercerita tentang pengIslaman sahabat rasulullah SAW dan ketabahan mereka menegakkan Kalimah Syahadah.

  • Menghafaz dua Kalimah Syahadah.

  • Menyatakan mengapa orang Islam wajib mengetahui dua Kalimah Syahadah.

Mengucap Kalimah Syahadah
Penjelasan maksud Kalimah Syahadah
Sayang Rasul

Menyatakan nama 25 Rasul yang wajib diketahui.

Menyebut sifat wajib bagi Rasul:

  1. Siddiq-benar
  2. Amanah-amanah
  3. Tabligh-menyampaikan
  4. Fatonah-bijaksana

Aktiviti :

  • Menyebut nama 25 Rasul berpandukan carta.
  • Bersama-sama murid bernasyid 25 rasul.
  • Bercerita sirah Rasulullah SAW untuk menerangkan sifat Rasulullah SAW.
  • Bercerita kisah Rasulullah menyampaikan dakwah.
  • Bernasyid selawat ke atas Rasulullah SAW.
  • Bersoal jawab tentang perlunya manusia mengikut teladan Rasulullah SAW.
  • Bercerita tentang mukjizat Rasul-rasul.
  • Menyebut nama beberapa orang rasul dan padankan dengan mukjizat mereka.
  • Berselawat ke atas Rasulullah SAW sebagai tanda sayang kepada Rasulullah.
  • Menceritakan contoh-contoh sifat Rasul dalam kehidupan seharian.
Sayang Nabi dan Rasul
Kesabaran para nabi dan rasul