loader image

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa Penyampaian Modul Ibadah

Memupuk Nilai Kasih Sayang Semasa
Penyampaian Modul Ibadah

Tujuan :

Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mengerjakan ibadah dalam kehidupan sambil memupuk nilai kasih sayang.

Penjelasan :

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang. Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar daripada menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi. Guru perlu menjelaskan hubungkait antara ibadah dan nilai kasih sayang.

Penyampaian :

Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru boleh menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berikut :-

Bersuci

Pendidik perlu menjelaskan kepada murid kepentingan bersuci dan menjaga kesihatan.

Menjaga kebersihan diri menunjukkan rasa sayang kepada tubuh badan ciptaan Allah.

Orang yang sentiasa menjaga kebersihan akan disayangi Allah.

Aktiviti :

  • Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat solat.
  • Kepentingan bersugi dan menjaga kebersihan mulut.
  • Menunjukkan cara bersuci dengan menggunakan anak patung dan air.
  • Menamakan jenis-jenis air yang sah digunakan untuk bersuci.
Berwuduk

Wuduk merupakan syarat wajib sebelum mendirikan solat. Adalah tidak sah solat seseorang tanpa berwuduk. Pelajar perlu melakukan wuduk dengan betul dan mengikut tertib. Pastikan tubuh badan kita bersih daripada hadas dan najis. Berwuduk menunjukkan rasa sayang terhadap anggota badan yang dijadikan Allah.

Aktiviti :

  • Guru bercerita tentang kepentingan berwuduk dan membersihkan setiap anggota badan.
  • Guru mengajak murid menamakan jenis-jenis air yang sah digunakan untuk berwuduk.
  • Menunjukkan cara berwuduk secara tertib iaitu dan mengajak pelajar menyusun gambar berwuduk mengikut tertib:

Menerangkan perkara-perkara yang membatalkan wuduk.

Mengambil wuduk bersama-sama murid.