Modul ini bertujuan untuk membimbing murid prasekolah dalam penghayatan dan kepentingan mempelajari Sirah disamping memupuk nilai kasih sayang di dalam diri mereka.
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru menjadi model insan penyayang.
Sepanjang proses penyampaian modul ini, guru diminta agar sentiasa bertutur dengan nada yang lembut, tegas dan penuh kasih sayang. Guru juga mesti mengelakkan dan melarang pelajar menggunakan kata-kata yang kesat semasa berkomunikasi.
Guru perlu menjelaskan hubungkait antara Sirah dan kepentingan sifat kasih sayang di dalam menjalani kehidupan.
Modul ini terbahagi kepada DUA (2) komponen dimana guru dapat menerapkan nilai kasih sayang semasa menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan topik berikut:
Aktiviti :
Menerangkan kepada murid kepentingan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh ahli keluarga Rasulullah.
Aktiviti :
Bercerita tentang kisah Rasulullah SAW mengikut bapa saudara berniaga.
© Copyright Protected. All Rights Reserved. Muslim Teachers’ Guide
Powered by Gaboola.com